Saturday, 8 September 2018

Tupperware Party @ Putrajaya!

Sedang ramai yang tengah menghabiskan masa bercuti dengan keluarga,
kami punya fokus lebih penting iaitu membantu lebih ramai wanita menjana income dan buka mata mereka yang wanita ini lebih dari sekadar suri rumah tangga.

Bak kata Mat Saleh, " every success needs a sacrifice, it could be anything. Might be money, time,happiness. Anything..."

Dengarnya macam suffer sangat-sangat. But we did it in a very fun way :)
Contohnya macam rally di Putrajaya siang tadi.
Semuanya bergembira bila balik dengan tangan yang penuh.
All Tupperware stuff tau.
Semuanya FREE! Mana mak mak tak suka hoi..

Bertempat di Putrajaya Presint 9.
Memang tempat terbaik untuk adakan Party!
Kenapa?
Sebab dekat bawah meeting room ada swimming pool dan playground kanak-kanak!

Best sebab kaum bapa boleh layan anak swimming.
Mak-mak naik atas collect hadiah dan belajar.

Rally hari ini, kami adakan Demo masakan.
Resepi Mini Burger yang sangat ringkas, mudah dan sedap. Daging ayam dikisar menggunakan tupperware fusion master mincer.



Bahan-bahan
Burger
Sekeping dada ayam
Serbuk bawang putih (garlic powder)
Serbuk lada hitam
Garam
Roti burger
Marjerin

Toppings
Tomato
Bawang
Mayonis
Sos cili

Cara-cara
1. Potong roti kepada 2 bahagian. Sapukan majerin dan panaskan atas kuali sehingga majerin berwarna keperangan
2. Kisar daging menggunakan Fusion Master
3. Gaulkan daging yang sudah dikisar dengan sedikit, serbuk lada putih, serbuk lada hitam dan garam
4. Bentukkan seperti daging burger
5. Panaskan sedikit minyak diatas non-stick pan (kami gunakan black series Fry Pan)
6. Lepas dah masak, set burger cantik-cantik dan tadaa! Siap untuk dimakan :)

Resepi ni sangat healthy sebab kami gunakan 100% daging ayam segar. No msg. Sesuai buat bekalan anak ke sekolah.
Masa yang diambil cuma 30 minit. Mudah kan?

Nak tengok video masakan? Tengok video LIVE di fb saya ye tekan sini :)





Selain demo resepi, kami ada aktiviti lain. Business talk, recognition, cabutan bertuah dan coaching. 

Kenapa kami adakan rally/perjumpaan hampir setiap minggu?
Sebab kami nak mommies relaks dari tugas di rumah. Dan enjoy!
Happy-happy bila dapat berkenalan dan paling best, bila dapat barangan Tupperware limited edition dengan percuma.





all mine :)

Nampak muka siapa je ambik hadiah? hehehehe
So, siapa nak join next rally?
Jom lepaskan stress.
Dare to be different?
Any champions?

No comments:

Post a Comment